Analisis Harga Emas : 4 Mei 2012

May 4th, 2012 admin Posted in Pelaburan | 1 Comment »

Selepas semalam Jutawan Booster memaklumkan kepada semua Analisis Harga Emas – April Hingg Mei 2012, kini bermula hari ini Jutawan Booster akan cuba untuk membantu anda semua untuk membuat analisis harga emas setiap hari atau minggu. Selain itu juga Jutawan Booster akan memaklumkan juga kadar harga akaun emas bagi UOB bagi tujuan membantu anda untuk membuat keputusan semasa pelaburan. Walau bagaimanapun, analisis dan kadar harga ini adalah panduan sahaja untuk anda membuat keputusan dan bukannya arahan atau mimpi atau firasat untuk anda membuat pelaburan.

Harga Emas Dunia

Kadar Harga Emas Dunia hari ni semakin menurun dan trendnya juga menurun sejak 2 3 hari kebelakangan ini. Kalau kita lihat pada graf di bawah pada permulaan pasaran pada 2 Mei 2012, harga emas berada pada kadar USD1,662/oz dan pada permulaan pasaran pada 3 Mei 2012 ia berada pada kadar USD1,631.80/oz. Perbezaaan sebanyak 30.20 dalam masa 2 hari amat tinggi.

Kadar Harga Emas Akaun Emas UOB Bank

Harga emas untuk Akaun Emas UOB Bank sangat menarik waktu ini iaitu antara terendah dalam tempoh 4 bulan iaitu RM161.90/gram. Sekiranya anda ingin melabur ke dalam Akaun Emas UOB Bank boleh la mulakan sekarang kerana sudah pasti harga ini adalah paling rendah dalam tempoh 4 bulan. Walau bagaimanapun Jutawan Booster tidak boleh jamin bahawa kadar ini adalah yang paling rendah dalam tempoh 2 3 hari ke hadapan. Tetapi harga ini sangat-sangat ideal untuk melabur di Akaun Emas UOB Bank.

AddThis Social Bookmark Button

Analisis Harga Emas – April hingga Mei 2012

May 3rd, 2012 admin Posted in Pelaburan | 1 Comment »

Wah! Entry kali ini setelah sekian lama tidak dikemaskini agak menarik kerana analisis harga emas adalah sesuatu yang dinantikan oleh semua orang terutama mereka yang minat melabur emas dan yang sudah pasti kaum perempuan yang ingin membeli barang kemas.

Analisis yang Jutawan Booster cuba untuk ketengah pada kali ini adalah berkenaan kadar atau harga emas yang tidak menentu dengan kenaikan dan penurunan tanpa dapat dikenalpasti. Walau bagaimanapun kalau anda semua perasan, kadar penurunan adalah lebih banyak daripada kadar kenaikan.

AddThis Social Bookmark Button

Edisi 2 : Mengurus Pembayaran Tunggakkan Kad Kredit

December 21st, 2011 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Masih ingat lagi dengan Entry Mengurus Pembayaran Tunggakkan Kad Kredit sebelum ini? Pasti sudah lupa atau memang anda semua tertunggu-tunggu entry sambungan bagi kaedah mengurus pembayaran Tunggakkan Kad Kredit. Jadi, kat sini Jutawan Booster sambung balik kaedah-kaedah seterusnya.

Kaedah 2 : Mengelakkan kadar interest dikenakan
Kaedah ini adalah kaedah untuk mengelakkan kadar interest dikenakan kepada anda. Ianya amat sesuai bagi mereka yang masih tidak banyak hutang kad kredit. Kaedah ini boleh digunakan untuk memastikan penambahan kadar interest tidak berlaku kepada ada. Kekadang sedar atau tidak kebanyakkan kad kredit yang kita ada sebenarnya menjadi bertambah walaupun kita tidak menggunanya adalah disebabkan oleh kadar interest yang dikenakan kepada kita.

Asal : RM2,000
Interest : 15% p.a
Kadar penambahan : RM300
Jumlah Hutang : Asal + Kadar Penambahan = Rm2,300

Oh! amat tinggi penambahannya.. cube anda bayang sekiranya anda ada 5 kad kredit yang mempunyai nilai hutang yang hampir sama atau sama. Bukankah jumlah interest keseluruhan adalah sebanyak RM1,500. Dengan duit tu sebenarnya anda boleh beli sebuah iPAD. Rugi-rugi…

Jadi untuk menggelakkan kadar faedah dikenakan, anda perlu mengikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Mengetahui Tempoh Tanpa Faedah
Tempoh Tanpa Faedah merupakan satu tempoh dimana sekiranya anda menggunakan kad kredit dalam tempoh berkenaan dan membayar dalam tempoh berkenaan juga, maka kadar interest tidak dikenakan kepada baki hutang anda.

Biasanya Tempoh Tanpa Faedah adalah 20 hari. Sebagai contoh tarikh 1hb setiap bulan adalah permulaan tempoh dan 20hb setiap bulan adalah tarikh akhir, maka dalam tempoh berkenaan penggunaan kad kredit tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya dibayar dalam tempoh berkenaan.

Contoh :

Tempoh Tanpa Faedah : 20 hari
Tarikh Mula Tempoh Tanpa Faedah : 1hb Setiap bulan
Tarikh Akhir Tempoh Tanpa Faedah : 20hb Setiap bulan

Langkah 2 : Penggunaan Dalam Tempoh Tanpa faedah
Anda boleh menggunakan kad kredit anda dalam tempoh ini. Perbelanjaan anda hendaklah dalam tempoh 20 hari ini sahaja untuk menggelakkan caj faedah dikenakan.

Andai kata anda membuat penggunaan seperti berikut:

2hb Januari 2012   : RM4,000
4hb Januari 2012   : RM   450
10hb Januari 2012 : RM   500
18hb Januari 2012 : RM   200
———————————————
Jumlah                   RM5,150
———————————————

Langkah 3 : Buat Pembayaran Dalam Tempoh Tanpa Faedah
Anda perlu membuat bayaran kesemua jumlah penggunaan kad kredit anda di Langkah 2 dalam Tempoh Tanpa Faedah yang ditetapkan. Sekiranya anda membuat pembayaran dalam tempoh ini, caj faedah tidak langsung akan dikenakan kepada anda.

Jumlah Pembayaran : RM5,150
Tarikh Pembayaran : 19hb Januari 2012

Dengan semua langkah 1-3 yang dinyatakan, maka anda tidak akan dikenakan caj kadar interest untuk penggunaan kad kredit anda. Untung bukan?? Cume bank sahaja yang rugi kerana mereka memberi pinjam secara percuma.

Kaedah 3 : Elakkan daripada membuat bayaran minimum setiap bulan
Membuat pembayaran secara minimum setiap bulan adalah langkah yang paling kurang bijak kerana anda telah memberi peluang pihak pengeluar kad kredit untuk meraih keuntungan daripada caj faedah bulanan terhadap baki hutang anda.

Pembayaran minimum ini juga boleh memanjangkan tempoh pembayaran balik hutang anda. Biasanya pihak pengeluar kad kredit anda memberi peluang untuk anda membuat pembayaran minimum ini yang biasanya 5% daripada jumlah baki bulanan anda. Inilah strategi mereka untuk memastikan anda akan sentiasa membuat hutang dengan memanjangkan tempoh anda berhutang. Jadi berwaspada dengan sikap anda iaitu sikap yang suka membayar secara minimum.

AddThis Social Bookmark Button

CAC Consultant : Make Your Dreams Come True

September 7th, 2011 admin Posted in Kerjaya, Perniagaan | No Comments »

Berita baik untuk anda semua. CAC Consultant iaitu founder kepada JutawanBooster.com akan membuka ruang kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk terlibat dalam bidang latihan kendalian CAC Consultant.

Program ini di namakan CAC Consultant : Make Your Dreams Come True dengan memberikan peluang kepada anda semua untuk menjadi salah seorang warga CAC Consultant dan memperoleh saham dunia dan akhirat.

Kami menjemput anda semua yang berminat dalam bidang latihan untuk bersama-sama kami dalam pencarian Great Trainer & 1 Million Person untuk dinobatkan dalam usaha menjadikan CAC Consultant sebagai sebuah syarikat penyedia perkhidmatan latihan dan motivasi terkemuka di Malaysia dan serantau.

Bagi anda semua yang berminat, anda boleh menghubungi kami melalui email cacconsultant@yahoo.com.

AddThis Social Bookmark Button

Keuntungan 17%: 1 Bulan Pelaburan

August 23rd, 2011 admin Posted in Pelaburan | No Comments »

Sangat best rasanya bila kita melabur dalam masa sebulan keuntungan diperolehi seperti mana orang melabur dalam ASB selama 2 tahun atau Public Mutual selama 1 tahun.

17%

Dalam masa 1 bulan cukup menarik keuntungan yang diperolehi melalui Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Bagi sesiapa yang masih belum menyimpan emas, silalah berbuat demikian kerana masih belum terlewat untuk anda menyimpan emas fizikal atau akaun pelaburan emas.

Jutawan Booster telah menukar semua simpanan dalam bentuk duit kepada simpanan emas kerana ianya lebih menguntungkan berbanding semua pelaburan yang ada di dunia.

AddThis Social Bookmark Button